Perkahwinan Raymie & Diana

Hujan lebat waktu petang terpaksa tangguh outdoor esok hari, nasib cuti esok heheh. Buat kenangan outdoor Tanjung Kapal Resort, selepas ni chalet-chalet di situ tinggal kenangan saja nanti sebab akan dijadikan terminal untuk projek minyak. Ini mungkin gambar terakhir  yang bole diambil kat situ agaknya.

Siap sempat lagi pekena mee rebus kat simpang Sg Rengit hehehe sempoi. Pepun kami ucapkan selamat berbahagia pada pasangan Raymie & Diana. Fuh motor semua beso2 masa mengiringi pengantin.

Nak tengok album perkahwinan Raymie & Diana? Terus ke Facebook kami.

Perkahwinan Rezal & Faizun

Tiba masa untuk membuat editing album pasangan ini pula. Pasangan yang sempoi. Sempat pekena mee goreng masa kat Balau hehehe… maka beradab bersama pengantin lagi photographer. Lupa nak amik gambar tengah makan. Tapi memang sedap mee goreng tu

Penuh dengan kisah kehidupan ibarat drama swasta. Apapun, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga akhir hayat kami doakan. Amin.

Nak tengok lebih lagi gambar & album pasangan ni? Terus ke Facebook kami.

Resepsi Budakacamata & Ayu

Akhirnya bersatu jua Budakacamata setelah sekian lama membujang hehehe… Ni kawan masa sekolah, nak tunggu dia kahwin makan masa juga la macam-macam ceritanya. Ada je penyebab dan penghalang.

Tapi syukur akhirnya selamat jua diijabkabulkan menjadi suami pada Ayu. Pepun tahniah dari kami sekeluarga buat Budakacamata, semoga berbahagia melayari bahtera rumahtangga dan mencapai apa yang diimpikan selama ini.Amin

Untuk melihat update custom album pasanagan ini, boleh terus klik ke Facebook kami.

Majlis Resepsi Mazlan & Fadzlin

Sedikit update untuk Majlis Resepsi pasangan bahagia Mazlan dan Nurul Fadzlin yang berlangsung di Sg. Mas pada Cuti Krimas lalu. Macam biasa lokasi outdoor di pilih di Bandar Penawar, Desaru & Tanjung Balau.

Sebenarnya, outdoor di mana2 pun boleh, asalkan pandai mencari ruang & fokus menarik. Semua terpulang pada kekreatifan seseorang photog tu. Apapun kami berharap pasangan Mazlan & Fadzlin ‘hepi’ dengan hasil album yang kami hasilkan. Jangan lupa kasi testimoni@komen di bawah ye atau di facebook :-)

Nak lebih lagi? Terus ke facebook kami. Klik sini untuk melihat update album Mazlan & Fadzlin.

Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda??

Pre-Wedding, trend yang semakin tersebar luas. Bagi sesiapa yang tak tau, Pre-Wedding ni adalah rakaman romantis pasangan yang bakal berkahwin, samada dalam bentuk gambar ataupun video SEBELUM hari pernikahan mereka.

Biasa la masa pre-wedding, pasangan tu akan photoshoot sana-sini. Pegang tangan, berpelukan. Laga-laga pipi sikit sambil berposing. Konon2 romantik la tu.

Trend ni kalau untuk mat saleh, dan yang bukan agama islam boleh la. Yang sampai orang melayu pun ada pre-wedding ni apa cer? Korang tu belum nikah lagi. Tak kan tak tahu hukum kot.

“Ish, orang kan dah nak kawen. Dah confirm dah. Tak kan tu pon salah kot”

Ewah-ewah. Dah confirm yek. Buatnya sehari sebelum hari pernikahan engko, tiba-tiba engko eksiden. Mati. Macam mana? Sempat ke kau nak ucapkan kata taubat?

Walaupun engko nak kawen, tapi masih belum akad nikah. Engko pun tahu, kalau lelaki dan perempuan yang masih belum ada sebarang ikatan, tak boleh pegang tangan. Hukumnya HARAM. Kau tau kan tu? Tapi, kenapa masih buat?

“Ala, aku pre-wedding ambil gambar, mana ada peluk-peluk pegang tangan”

Engko tak usah nak sejuta alasan. Tak pernah pulak aku tengok gambar-gambar pre-wedding lelaki dengan perempuan dok jarak semeter. Selalunya takde jarak pemisah pun. Kalau betul pun engko tak pegang-pegang, apa faedahnya engko buat benda ni? Engko nak sangat ke ikut trend omputeh? Nak sangat jadi jahil?

Kalau dah lepas kawen tu, engko nak photoshoot sampai ke bulan sekalipun, engko buat la. Takde orang nak kisah. Tapi, sebelum ada apa-apa ikatan. Jangan sesekali engko beri orang lain peluang untuk buat fitnah kat engko. Ngerti?

Photographer jangan bersubahat

Photographer aka jurugambar, watak paling penting dalam sesi pre-wedding. Sebagai jurugambar, jangan pulak korang bersubahat. Jangan ingat korang tak dapat saham dosa, sekiranya client korang bergambar tanpa pedulikan apa yang dilarang Islam. Tolong jangan jahilkan hati, semata-mata untuk duit.

Harap pembaca semua take note. Aku tak nak korang semua pun nanti terjebak dalam pre-wedding yang tak berfaedah ni. Benda ni trend barat, yang semakin menular ke budaya kita. Terlalu ikutkan sangat budaya barat, korang tak kisah ke kalau dipanggil orang jahiliah modern? Fikir-fikirkanlah..

” YUP ADA BENARNYA, SO FIKIR-FIKIRKAN KERANA PERKAHWINAN ITU ADALAH IBADAH!”

Sumber : http://www.jejakaterhangat.com

Majlis Akad Nikah & Persandingan Anne & Arul

Fuh siap juga hasilkan album pasangan bahagia ni, banyak sangat album hehehe, tapi berkat kesabaran akhirnya berjaya juga siapkan walau 1 hari x tido dengan penuh keazaman.

Maaf  banyak-banyak, kekangan masa nak-nak cuti sekolah sekarang teramat sibuk. Apatah lagi baru pas siapkan 3 album, sekaligus mengikut turutan tempahan jadi tu yang terlewat nak siapkan album ni, buat Anne & Arul, harap anda berpuashati dengan hasil yang kami buat. Apa lagi kita layan sikit dari hasil album tersebut. Nak lebih? Klik icon FB belah kanan tu tuk lihat bayak lagi hasil kami buat rujukan & cuci mata heeehe!

Nak Tengok Album Lagi?

Fuh lama tak update disebabkan sangat sibuk lagi-lagi cuti sekolah ni. Cuba juga curi masa untuk update web ni. Oke untuk pengetahuan anda yang nak tengok lagi album yang kami update bole terus ke facebook zulfikaraziz.com. Hah penambahbaikan lagi icon facebook kami.

Bukan apa senang nak upload gambar hehehe, jadi andai kata laman web ni belum sempat update bole terus ke facebook kami, klik aje icon facebook di sebelah kanan tu. Tata!